Tuesday, May 31, 2011

Mencari

Ku terdampar di satu daerah sunyi..
Sepi merenggut erat akan tubuhku..
Kudrat ku untuk meleraikan renggutan
Lemah umpama kapas di awangan

Ku haus.. Haus di tengah lautan..
Yang tak bisa melunaskan dahagaku..
Namun ku tetap tercari-cari..
Mengembara di daerah yang asing ini..

Langit, usah biarkan cahaya menjengah..
Biarkan malam ini kekal kelam..
Biarkan bintang dan bulan bersembunyi..
Supaya wajahku tidak kelihatan..

Angin, Biarkan deruan ini terhenti..
Usah kau perdengarkan desiran daun..
Kerana sesungguhnya aku tidak layak..
Tidak layak diusap dengan belaian lembutmu..

Biarkan aku meringkuk sendiri..
Biarkan aku mendengar aliran air mataku..
Biarkan ku kenal akan suara ratapanku..
Biarkan aku dibuai di dalam dakapan malam ini..

Di dalam cahaya tak mungkin kan bersatu..
Di dalam kelam kau kan menemaniku..
Meski hakikatnya ku masih sendiri..
Tapi biarkan aku melewati alur hidup ini..

Tuhan, kepadamu ku pinta pertolongan
Kepadamu aku mengadu..
Di pintumu aku berdiri..
Di dada mu aku rebah..
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment