Monday, August 30, 2010

Sesat di jalan yang gelita

Di sebalik tawa hiruk pikuk kelilingku,
Bersembunyi aku.. Di dalam buih yang maha besar,
Berselindung aku dari diriku sendiri,
Di sebalik tawaku tersimpan tangisan,
Yang Maha Esa sahaja mampu mengerti..

Tawa kelilingku kedengaran sayup..
Sesayup pohon nyiur ditiup bayu,
Tangisan diriku kekal bergema..
Mengusik setiap zarah perasaanku..
Rimbun persoalan kian bercambah..
Menjadi persoalan yang tidak mengenal erti sebuah jawapan

Segala jalan-jalan di hadapanku kabur..
Bersimpul-siur tiada hentinya..
Tiada cahaya di penghujung jalan..
Dengan mata tertutup kan kuteruskan jua..
Dimana jalan itu membawaku..
Kan ku bersyukur.. Kerana nafasku masih berbaki..
Tiada pula ia terhenti tanda mengalah..
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment